gift dr suamiku


Friday, 14 December 2012



WATAK DAN PERWATAKAN
1.       PAK TUA
a.       Berusia dalam lingkungan 60-an.
Contoh : .... Pak Tua memang sudah tua, berumur dalam lingkungan 60-an.... (hal. 2)
b.      Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tumbuh-tumbuhan.
Contoh : Pak Tua memberitahu Zahiran tentang kegunaan pokok bunga cempaka. (hal.5)
c.       Mempunyai pengetahuan tentang nama saintifik tumbuh-tumbuhan.
Contoh: Pak Tua menerangkan nama saintifik bagi pokok kelor kepada Lebai Jusoh.
“Emunggai, merunggai atau remunggai ialah nama lain pokok kacang kelor. Nama Saintifiknya, moringga oleifera.” (hal. 8)
d.      Mempunyai kemahiran membuat ubat tradisional.
Contoh : Pak Tua memberitahu Lebai Jusoh tentang cara membuat ubat luka.
Mudah sahaja. Tumbuk beberapa helai daun kacang kelor dengan sedikit minyak masak. Setelah lumat, sapukan pada luka. (hal. 9)
e.      Orang yang bertanggung jawab menamakan Bukit Bintangor.
Sebenarnya, bukit itu tidak bernama sehinggalah Pak Tua mencacakkan sebuah papan tanda di kaki bukit, BUKIT BINTANGOR. (hal. 20)
f.        Mempunyai daya ingatan yang kuat.
Contoh : Dia masih mengingati Zahiran yang telah membantunya menukar tayar jip Pak Tua yang pancit tempoh hari.
“Eh, bukankah kamu yang tolong pakcik hari tu?” Tanya Pak Tua..... (hal. 36)
g.       Seorang yang sayang akan haiwan.
Pak Tua memberitahu Zahiran supaya tidak menangkap burung atau haiwan lagi kerana haiwan juga inginkan kesejahteraan hidup.
“.......Tak usahlah tangkap atau bunuh haiwan lagi..... Kita perlukan kesejahteraan hidup,burung juga memerlukannya. (hal.40)

No comments:

Post a Comment