ZAHIRAN
a. A.
Sedar akan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada
manusia.
Zahiran mulai sedar betapa manusia
mempunyai hubungan yang rapat dengan alam tumbuh-tumbuhan. Kesejahteraan hidup
manusia tergugat sekiranya tumbuh-tumbuhan hijau dimusnahkan. (hal. 2)
b. B.
Kurang pengetahuan tentang kegunaan
tumbuh-tumbuhan.
Zahiran bertanya kepada Pak Tua tentang
kegunaan pokok bunga cempaka
“Err....apakah kebaikan pokok ni, pakcik?”
(hal. 5)
c. C.
Tidak mudah percaya terhadap kata-kata orang
lain tanpa bukti.
Walaupun Kadir dan Osman seperti percaya
akan kata-kata Seleman bahawa Pak Tua ialah penjenayah, Zahiran tidak percaya
selagi tiada bukti.
“Cuba kamu fikir, kalau betul-betul orang
tua tu terlibat dengan kegiatan haram, sudah tentu dah lama dia diberkas
polis.” (hal. 26)
d. D.
Seorang yang berani.
Zahiran mengajak Kadir dan Osman ke Bukit
Bintangor walaupun rakan-rakannya agak keberatan.
“Kenapa takut? Takkkan orang tua tu nak
bunuh kita!” jelas Zahiran. (hal. 28)
e. E.
Bercita-cita untuk menjadi seorang anggota
polis.
“Saya pun minat jadi polis, tapi biarlah
jadi pegawai!” tokok Zahiran.... (hal. 29)
Soalan
a.
Nyatakan tiga persamaan antara Zahiran dengan
Pak Tua.
b.
Apakah sifat positif yang ada pada Zahiran.
No comments:
Post a Comment