gift dr suamiku


Thursday, 13 December 2012



LATAR
LATAR TEMPAT
a.   A.    Bukit Bintangor – tempat tinggal Pak Tua   (hal. 2)
b.    B.   Di hadapan rumah Zahiran – pada suatu pagi, sedang Zahiran menebang pokok bunga cempaka      putih di hadapan rumah, tiba-tiba sahaja orang tua itu menengkingnya. (hal. 4)
c.    C.    Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai – Sekolah yang ingin diceriakan oleh Cikgu Idham. (hal. 10-11)
d.    D.   Kedai Pheng San – Kamal mendapati pelbagai jenis burung dijual di kedai tersebut – “Saya tengok di kedai Pheng San ada pelbagai jenis burung. Ada merbuk, tiung, tekukur....  (hal.17)
e.    E.   Rumah Hamzah – Pak Tua dan Zahiran menziarahi Hamzah yang demam.  (hal.74)
f.     F.    Kota Chicago – “....Kamariah terlibat dalam kemalangan waktu pulang daripada membeli-belah di Kota Chicago.”  (hal.103)
 
a.    A.   Di manakah berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian anak-anak Pak Tua?

LATAR MASA

a.   A.    Awal bulan – Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.  (hal. 3)
b.     B.  Pagi - ......pada suatu pagi, sedang Zahiran menebang pokok bunga cempaka putih di hadapan rumah,tiba-tiba sahaja orang tua itu menengkingnya.  (hal. 4)
c.      C.  Cuti sekolah – Zahiran dan rakan-rakannya akan menangkap burung untuk menjayakan projek yang dirancang oleh Cikgu Idham.  (hal. 13)
d.    D.   Waktu maghrib – Anak muda berkumpul dan beramah mesra selepas berjemaah untuk solat maghrib di Masjid Kampung Alor Rambai.  ( hal. 15)
e.    E.   Tengah hari – Selepas makan tengah hari, Zahiran dihantar Pak Tua pulang dengan jipnya.  (hal.57)
f.      F.   Petang – Hamzah, Osman, Kadir, Zahiran, Marzuki, dan Khuzairi bersiap-siap untuk bermain badminton di halaman rumah Zahiran. (hal.59)

LATAR MASYARAKAT

a.   A.     Masyarakat yang tidak prihatin terhadap masalah orang lain – Pernah jip buruk Pak Tua rosak di tepi jalan menghala ke kedai Pak Long Hamad. Tiada sesiapa yang mempedulikannya. Tiada sesiapa yang mahu membantunya.  (hal.3)
b.    B.   Masyarakat yang suka memandang rendah terhadap orang lain – Lebai jusoh dan orang kampung menganggap Pak Tua sudah nyanyuk.  (hal. 9)
c.     C.   Masyarakat yang ingin berbakti kepada sekolah – Semua murid bersorak. Gembira benar hati mereka dapat berbakti kepada sekolah.  (hal.12)
d.   D.    Masyarakat yang mengamalkan semangat bekerjasama – Kolam ikan digali oleh bekas pelajar. PIBG dan JKKK mengupah pekerja menyusun bata dan menampal simen.  (hal.12)
e.   E.    Masyarakat yang berpegang pada ajaran agama – Anak muda berkumpul dan beramah mesra selepas berjemaah untuk solat maghrib di Masjid Kampung Alor Rambai.  (hal. 15)

1 comment: