NILAI
a.
Mencintai alam sekitar
Pejabat sekolah menengah Alor Rambai
menggunakan sepenuhnya kertas kitar semula.
.....pejabat sekolah telah menggunakan
sepenuhnya kertas kitar semula. Kata Cikgu Idham, ini satu tugas yang murni
untuk membantu Negara menjaga alam sekitar.
(hal.10)
b.
Keberanian
Zahiran mengajak Kadir dan Osman ke Bukit
Bintangor walaupun rakan-rakannya agak keberatan.
“Kenapa takut? Takkkan orang tua tu nak
bunuh kita!” jelas Zahiran.
c.
Bekerjasama
Bekas pelajar, PIBG, dan JKKK bekerjasama
untuk menyiapkan kolam ikan di hadapan pejabat Sekolah Menengah Alor Rambai.
Kolam ikan digali oleh bekas pelajar, PIBG
dan JKKK mengupah pekerja menyusun bata dan menampal simen. (hal.12)
d.
Keikhlasan
Pak Tua ikhlas menyatakan bahawa Bukit
Bintangor boleh dilawati atau didatangi oleh sesiapa sahaja.
“Sebenarnya, Bukit Bintangor ni untuk semua
orang.” (hal.38)
e.
Patriotik
Cikgu Idham membantu negara untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.
.....pejabat sekolah telah menggunakan
sepenuhnya kertas kitar semula. Kata Cikgu Idham, ini satu tugas yang murni
untuk membantu negara menjaga alam sekitar.
(hal.10)
f.
Kejujuran
Secara jujur, Zahiran memberitahu Pak Tua
bahawa tujuan dia, Kadir, dan Osman ke Bukit Bintangor adalah untuk menangkap
burung. Pengetua telah mengarahkan mereka menangkap burung untuk dimasukkan ke
dalam sangkar di taman sekolah.
“Err....sebenarnya ...... sebenarnya saya
dan kawan-kawan saya tadi nak tangkap burung, pakcik!” jelas Zahiran terus
terang. (hal.37)
No comments:
Post a Comment