PENGAJARAN
a.
Manusia mestilah menjaga hubungan dengan
tumbuh-tumbuhan.
Zahiran mulai sedar betapa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan
alam tumbuh-tumbuhan.
Kesejahteraan hidup manusia tergugat sekiranya tumbuh-tumbuhan hijau
dimusnahkan. (hal.2)
b.
Kita mestilah banyak membaca supaya menjadi
seorang yang bermaklumat.
Pak Tua mengingatkan Zahiran supaya banyakkkan membaca kerana dengan
membaca kita kan menjadi seorang yang bermaklumat.
“Lain kali, banyakkan membaca. Kalau banyak membaca, minda kita akan kaya
dengan maklumat.” (hal.5)
c.
Kita perlulah membantu orang yang sedang
mengalami masalah.
Zahiran telah membantu Pak Tua menukar tayar jipnya yang pancit.
“Pakcik larat ke nak tukar tayar tu?....bolehkah saya tolong
pakcik?” (hal30)
d.
Kita mestilah menjadikan agama sebagai pedoman
dalam menjalani kehidupan.
Zahiran tidak memandang serong terhadap Pak Tua kerana dia sedar bahawa
tindakan itu menyalahi hukum agama.
“Buruk sangka ni dah sampai tahap kritikal, tahu tak?Berdosa tau....Tuhan
tak suka orang yang suka berburuk sangka macam kamu. (hal.33)
e.
Kita mestilah memanfaatkan khasiat yang ada pada
tumbuh-tumbuhan.
Pokok bunga cempaka amat berguna kepada manusia, iaitu boleh dijadikan
ubat.
“Bunganya boleh diramas, buat mandian kalau demam panas. Daunnya boleh
ditumbuk lumat-lumat. Tempek pada kudis dan bisul....” (hal.5)
f.
Sebagai pelajar, kita mestilah bertanggungjawab
terhadap sekolah kita.
Hamzah, Marzuki dan Khuzairi yang hanya berjaya menangkap beberapa ekor
ikan berasa bangga kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada
sekolah.
Walaupun dua tiga ekor ikan lampam dan sebarau sudah mati, mereka tetap
berbangga kerana Berjaya menunaikan tanggungjawab mereka kepada sekolah.
Rujukan
Baharudin Dolmat. (2011), Ulasan dan soal jawab komsas Novel Lestari
Bukit Menghijau, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor.
No comments:
Post a Comment