Tema
Rasa cinta yang amat mendalam terhadap khazanah alam ciptaan Tuhan.
Contoh:
1. Pak Tua yang sangat mencintai alam sekitar tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dimusnahkan. Pak Tua melarang Zahiran yang ingin menebang pokok cempaka putih. Dia juga memarahi Lebai Jusoh yang menebang pokok kacang kelor. Pak Tua juga sangat sedih setelah pokok Bintangornya terbakar.
2. Zahiran pula mula mencintai alam sekitar setelah mengenali Pak Tua. Dia mempelajari pelbagai ilmu tentang alam sekitar daripada pak Tua hingga akhirnya dia berjaya mengenali nama saintifik pelbagai jenis pokok. Selain itu dia juga berupaya menanam, merawat dan menamakan pelbagai jenis pokok.
3. Cikgu Idham yang merupakan Pengetua SMK Alor Rambai, telah memperkenalkan kempen Amalan Hijau di sekolahnya. Cikgu Idham telah berusaha menjadikan sekolahnya sebagai Sekolah Mesra Alam Bestari dengan melarang murid-murid sekolah Alor Rambai membawa tisu ke sekolah. Selain itu pejabat sekolah juga menggunakan tisu tandas. Cikgu Idham juga berusaha mewujudkan taman alam semulajadi di sekolahnya.
No comments:
Post a Comment