Persoalan
1. Hubungan antara manusia dengan tumbuh-tumbuhan.
Contoh : Zahiran sedar bahawa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan tumbuh-tumbuhan.
Zahiran mula sedar betapa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam tumbuh-tumbuhan. Kesejahteraan hidup manusia tergugat sekiranya tumbuh-tumbuhan hijau dimusnahkan. (hal. 2)
2. Kebaikan membaca kepada masyarakat.
Contoh : Pak Tua sering mengingatkan Zahiran supaya banyakkan membaca kerana dengan banyak membaca kita akan menjadi seorang yang bermaklumat.
"lain kali, banyakkan membaca. Kalau banyak membaca minda kita akan kaya dengan maklumat" (hal. 5)
3. Kegunaan tumbuh-tumbuhan kepada manusia.
Contoh : Pokok kacang kelor dan pokok bunga cempaka amat berguna kepada manusia dan boleh dijadikan ubat untuk pelbagai jenis penyakit.
"Bunganya boleh diramas, buat mandian kalau demam panas, Daunnya boleh ditumbuk lumat-lumat, tempek pada kudis atau bisul". (hal. 5)
4. Kepentingan memiliki pemikiran yang rasional
Contoh : Dengan berfikir secara rasional, Zahiran tidak mudah termakan oleh kata-kata Seleman yang
menuduh Pak Tua seorang penjenayah.
"Terus-terang saya katakan, saya tak percaya langsung dengan semua tohmahan tu!" (hal.26)
5. Agama dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan.
Contoh : Zahiran menasihati Osman supaya tidak buruk sangka terhadap PakTua dan meminta maaf daripadanya.
"Buruk sangka kamu ni dah sampai tahap kritikal, tahu tak? Berdosa tau.....Tuhan tak suka orang yang berburuk sangka macam kamu. Kamu mesti minta ampun daripada orang tua tu!. (hal 33)
6. Tanggungjawab pelajar kepada sekolah.
Contoh : Hamzah, Marzuki dan Khuzairi yang hanya berjaya menangkap beberapa ekor ikan berasa bangga kerana mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada sekolah.
Walaupun dua tiga ekor ikan lampam dan sebarau sudah mati, mereka tetap berbangga kerana berjaya menunaikan tanggungjawab mereka kepada sekolah. (hal. 44}
gift dr suamiku
Saturday, 17 November 2012
Tema
Rasa cinta yang amat mendalam terhadap khazanah alam ciptaan Tuhan.
Contoh:
1. Pak Tua yang sangat mencintai alam sekitar tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan dimusnahkan. Pak Tua melarang Zahiran yang ingin menebang pokok cempaka putih. Dia juga memarahi Lebai Jusoh yang menebang pokok kacang kelor. Pak Tua juga sangat sedih setelah pokok Bintangornya terbakar.
2. Zahiran pula mula mencintai alam sekitar setelah mengenali Pak Tua. Dia mempelajari pelbagai ilmu tentang alam sekitar daripada pak Tua hingga akhirnya dia berjaya mengenali nama saintifik pelbagai jenis pokok. Selain itu dia juga berupaya menanam, merawat dan menamakan pelbagai jenis pokok.
3. Cikgu Idham yang merupakan Pengetua SMK Alor Rambai, telah memperkenalkan kempen Amalan Hijau di sekolahnya. Cikgu Idham telah berusaha menjadikan sekolahnya sebagai Sekolah Mesra Alam Bestari dengan melarang murid-murid sekolah Alor Rambai membawa tisu ke sekolah. Selain itu pejabat sekolah juga menggunakan tisu tandas. Cikgu Idham juga berusaha mewujudkan taman alam semulajadi di sekolahnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)